Aku s.t.r.e.s.s. gila. Banyak gila kerja yang belum dibuat, tak sempat dibuat, perlu dibuat, patut dibuat dan nak dibuat. Pastu ada banyak meeting yang aku kena hadir time cuti ni. Pandu Puteri ngan Y.E. tuh. Paling banyak kerja is Pandu Puteri. Takpe ah. Lepas ujian Permit Perkhemahan, aku free sikit kot. SIKIT kot. Y.E. memang sah ah takkan free sampai lepas bulan Ogos kang. Pn. Lim pun dah agak disapointed ngan we all. Tak commitedlah, malaslah, tak seriouslah, etc. Aku lah tu. Sedih ah. Takpe takpe. Try lagi (cakap je tapi belum tentu cuba). Then, as if benda-benda nih tak cukup membebankan kepala otak aku, ada pulak timbul isu-isu merimaskan yang biasanya timbul di kalangan chromosome XX, iaitu 'kita bengang kat awak pasal sekian sekian sekian...' and 'kita tak suka awak pasal sekian skian sekian...'. Adehh... Dahlah orang banyak gaduh ngan aku time-time camni. Ok, aku blur, lembap, slow, emo, etc, tapi tu masalah aku, kan. Bukan kau. And kalau aku blur pun, aku rasa, kau tak susah pape, sebab kalau kau musykil apape, kau boleh tanya orang lain yang 10x ganda lagi bijak dari aku. Kan? Kalau kau dah tau aku memang takleh diharap, tak payahler harapkan aku. Aku rasakan, nasib kau memang malang sebab landing ngan aku yang blur and emo. Padan muka. Aku rasa aku bertuah sebab aku boleh spread badi blurblur aku kat kau. Kau pulak, kena derita menahan sabar ngan aku selama beberapa hari.
Anyway, topik seterusnya. Aku rasa macam badan aku makin kepeng sebab aku dah lama tak makan bersungguh-sungguh. Asyik taksub bukak MySpace maen Superpets (yeah, lame, I know, but SHUT UP) sampai lupa nak makan. Apape ah. Bukannya orang perasan pun badan aku kini rupa cam papan plywood. Isk isk. At least dulu pun, ada jugak bentuk. Sekarang bentuk badan pun dah hilang. Sedih ah.
Hm. Y.E. ada anual dinner entah bila. Aku lak takde baju yang sesuai. Maklumlah tak pernah pergi prom or function (malas). Ni first time aku risau tentang pakaian. Seumur hidup aku tak pernah ambil kisah. Aku rasa leceh ah weh, terhegeh-hegeh fikir pasal baju ni. Tapi kalau tak fikir plak, nanti aku nampak out of place kat sana. Ish... Menyusahkan betullah. Nasib baek Sarah sudi nak pinjamkan baju dia. Tapi warna pink ah plak. Adehh. Mesti aku nampak gila pelik. Takpe takpe. Tengok dulu rupa baju tu baru decide nak pinjam atau beli. Ohh... Aku baru teringat. Kalau ada dinner-dinner ni, mesti ah kena pakai make up, kan, bagi 'oomph' sikit kat baju tu. Allah... Make up lah pulaaaakkkk... Aku mana ada benda berkimia ni sume... Make up yang aku ada cuma lip balm (its not make up to me, its a necessity as my lips chap easily), lip gloss and bodymist Victoria's Secret (ni pemberian orang, harapan aku nak beli...duit pun takde), er, apalagi ehh.. Oh yeah.. Silkygirl powder yang...alaahhh...yang diorang kata protect dari pancaran matahari tuuu.... UV Protection eh? Alah mamposlah. Haa, tu jelah 'make up' yang aku ada. Compact powder pun aku takde, macam mana aku nak ada blusherlah, eyeshadowlah, apape lagilah... Haiss... Masalah tul..
Aku dah start sakit otak dah ni. Baik aku stop sebelum aku kene merengitis (penyakit sudden rush of shit to the brain). Kalau korang yang takde keje baca blog aku nih ada idea camane aku nak jadi presentable time anual dinner tuh, silalah kemukakan pendapat anda di chatbox sebelah ni.
Adios and arigatogozaimas. :)